Monday

Matawang Islam Yang Sebenar

 Firman Allah s.w.t,

“Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia, kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak, longgokan harta benda yang banyak berpikul-pikul, dari emas dan perak, kuda peliharaan yang bertanda, lagi terlatih, dan binatang-binatang serta kebun-kebun tanaman. semuanya itu adalah kesenangan hidup di dunia(yang bersifat sementara). dan (ingatlah), pada sisi Allah adalah tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu syurga yang kekal abadi). 
(Surah Ali Imran, ayat 14)


Abu Bakar Ibn Abi Maryam melaporkan bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW telah bersabda  "Akan tiba suatu zaman di mana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia. Maka simpanlah dinar dan dirham (untuk digunakan).
Musnad Imam Ahmad Ibn Hanbal.

Sesungguhnya emas adalah  piawai bagi mata wang dunia, telah bermula sejak sebelum masihi sehinggalah ia diganti kepada wang kertas dikenali sebagai dollar hanya popular pada sekitar awal tahun 1970-an. Tisu tandas (dollar) ini tidak lagi bersandarkan kepada emas, malah  nilainya tidak stabil dan turun naik mengikut  permintaan dan penawaran pasaran tukaran wang asing. Sememangnya ia (dollar) adalah salah satu agenda Dajjal.

Di atas kesedaran ini, saya berbangga kerana dapat menjadikan wang emas dinar sebagai harta simpanan yang terjamin dan diberkati.  Telah ramai yang mengetahui perkara ini tetapi masih lagi ragu untuk memilikinya kerana keyakinan kepada dinar.

Saya bukan bermaksud meraih populariti. Tetapi sebagai satu tanggungjawab untuk mengembalikan semula pemahanan umat Islam khasnya, berhubung peradaban dan sejarah penggunaan dinar dan dirham, serta bertujuan untuk memberi kesedaran dan keyakinan, terhadap penggunaan dinar dan dirham sebagai alternatif kepada sistem matawang, terutamanya dengan mempelopori penggunaan dinar sebagai
a) Simpanan
b) Mas kahwin
c) Membayar zakat
d) Pemberian hadiah
e) Sedekah untuk bekal akhirat

Untuk pengetahuan semua, alasan utama kenapa sistem wang komoditi seperti dinar emas, tidak dibenarkan oleh pihak-pihak tertentu, bukanlah disebabkan kekurangan kemahiran teknikal tetapi kerana wang komoditi mampu menggantikan sistem monetari konvensional.
Di sebabkan penggantian tersebut boleh menjadi ancaman besar, khasnya kepada kepentingan ekonomi Amerika dan Yahudi sedunia menyebabkan pihak-pihak yang berkepentingan itu gemar membuat alasan bahawa kononnya jika emas dan dinar dijadikan sebagai matawang ia akan mudah tercicir, atau poket akan cepat tembus, kerana berat membawa wang dari emas.
Tetapi sedarkah kita, sekiranya wang kertas tersebut koyak, rosak,terbakar dan sebagainya adakah ia masih bernilai dan secara tepatnya memang telah hilang nilainya. Jadi penggunaan wang emas dinar adalah yang paling terbaik bagi orang yang mengetahui. Bersiaplah tuan - tuan untuk menyimpan dinar walaupun hanya satu keping kerana niat tuan - tuan untuk memperjuangkan sistem wang emas dinar di seluruh dunia pasti rezeki tuan - tuan akan diberkati Allah s.w.t.

Menyedari kesan negative penguasaan ekonomi global oleh Amerika Syarikat dan Yahudi, Negara-negara Eropah mulai bangkit dengan memperkenalkan dan menggunakan matawang Euro demi kestabilan ekonomi mereka di rantau dunia khususnya di Eropah. Dalam kegawatan dan kekalutan ekonomi ini, muncul seorang hamba Allah di Germany bernama Mr.Umar Vanillo yang sentiasa peka dengan status perkembangan ekonomi dunia. Hasil penelitian dan pengamatan beliau, Mr.Umar berpendapat bahawa ekonomi umat Islam hanya mampu kembali utuh dan kukuh jika umat Islam kembali bersatu padu dan bersepakat menggunakan matawang dinar dirham dalam urusan harian mereka sepertimana yang pernah dipraktikkan di zaman Rasulullah s.a.w dahulu. Inilah sebenar-benar jihad ekonomi yang wajar dilancarkan oleh Umat Islam dalam usaha untuk melumpuhkan penguasaan serta monopoli ekonomi dunia oleh Amerika Syarikat dan Yahudi.

Atas keperihatinan Gold2Public, kami  menyeru kepada ahli keluarga dan rakan-rakan supaya memiliki emas anda dan rebutlah peluang keemasan Tukar RM kepada EMAS anda pasti merasai keberkatan. Kerana umat sekarang  berada di zaman emas dan kita pencetus kepada penggunaan sistem dinar emas bermula hari ini.


Diulangi..


Abu Bakar Ibn Abi Maryam melaporkan bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW telah bersabda  "Akan tiba suatu zaman di mana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia. Maka simpanlah dinar dan dirham (untuk digunakan).
Musnad Imam Ahmad Ibn Hanbal.

Emas dan perak adalah wang yang paling stabil di dunia. Lindungilah kekayaan anda dengan menyimpan emas dan perak.

Inflasi sifar selama 1400 tahun.

Harga ayam pada zaman Rasulullah SAW ialah satu dirham; hari ini, 1400 tahun kemudian seekor ayam masih lagi berharga 1 dirham.

Gold2Public  menawarkan harga yang kompetitif bagi pembelian produk kami berikut :





~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
   

Negara Islam disaran guna dinar emas, tidak lagi dolar AS

09/07/2011 8:37pm

ALOR SETAR 9 Julai – Dunia Islam disaran menggunakan dinar emas bagi melepaskan kebergantungan kepada mata wang dolar Amerika Syarikat dalam urus niaga, kata Ketua Hakim Syarie Kedah, Datuk Syeikh Yahaya Jusoh.

Beliau berkata, mata wang negara-negara Islam boleh diselaraskan dengan dinar emas sebagai mata wang tunggal dalam urusan perdagangan dan aktiviti ekonomi di peringkat antarabangsa.

"Penggunaan dinar emas dapat membentuk identiti dan menjalin kerjasama antara negara Islam. Kita juga tidak perlu lagi menggunakan dolar Amerika,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Dinar Darul Aman di Dewan Kolej Universiti Insaniah, di sini hari ini.
Syeikh Yahaya berkata, beliau yakin dinar mempunyai potensi untuk dikembangkan dan memerlukan kerjasama semua pihak bagi merealisasikan hasrat itu.

Sementara itu, Panel Syariah Amsyiq Gold Enterprise, yang mengeluarkan dinar untuk beberapa negeri di Semenanjung Malaysia, Othman Hamzah, berkata, pelancaran Dinar Darul Aman bertujuan untuk memberi peluang kepada masyarakat membuat simpanan untuk masa hadapan. – Bernama